KENAPA ISTANBUL, TURKI???
Sebab percutian idaman saya adalah ke ISTANBUL, TURKI!!! Istanbul Aku Datang...
Kebetulan my company make a company trip bulan November 2015 ni, then semua staff setuju nak ke istanbul. So tempat pon kitorang yang pilih, boss suruh arrange time, place, hotel dan banyak lagi. Nasib lah boss setuju so saya plan pon buat lah macam percutian yang saya idamkan. Hehee .. Saya find out beberapa tempat yang wajib dilawati di istanbul. Sebelum tu, nak pergi sesuatu tempat kene la tahu sejarah dia apa kan... Kalau rajin sila baca untuk pengetahuan anda yang akan lawat ke istanbul nanti.
Istanbul merupakan salah satu bandar terbesar di Turki. Turki menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasukalah empayar Rom. istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu Laut Hitam dan Laut Marmara disamping mselat Bosphorus.
Kota Istanbul terdapat 20 juta pendudk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberangi selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.
Okaylah ... sedikit mengenai sejarah istanbul now kita berbalik percutian saya yang akan datang. Terlalu banyak tempat yang boleh dilawat ke istanbul sebab setiap tempat yang dilawati mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tak percaya???? Kita tengok satu persatu.....
Tempat Pertama - Masjid Biru
(bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Masjid ini dibina antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Masjid Biru ini adalah salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.
Tempat Kedua - Istana Topkapi
Istana Topkapi adalah istana di istanbul, Turki yang merupakan kediaman rasmi kesultanan Uthmaniyyah atau dikenali juga dengan sebutan kekaisaran Turki Ottoman selama 400 tahun (1465 - 1856).
Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Pada puncaknya, istana ini dihuni 4,000 orang. Istana Topkapi juga adalah tempat peninggalan sejarah khususnya sejarah islam, benda-benda yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad Saw. Para pengunjung yang melawat tempat ini seperti dibawa ke zaman Rasullah Saw dan para sahabatnya. Berbagai peninggalan yang ditempatkan di dalam suatu ruang khusus yang terpisah dari Istana Topkapi. Ruangan ini dinamakan Paviliun Relikui Suci. Lebih menarik lagi, sepanjang dan selama para pengunjung melihat barang2 bersejarah itu kita boleh mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh 24 Hafiz Quran secara bergantian 24 jam nonstop. Menarik bukan ??????
Tempat Ketiga - Basilica Cistern
Basilica Cistern atau dalam bahasa Melayunya adalah Tangki Air Basilica merupakan tangki air terbesar di istanbul. Dibina pada kurun ke-6 zaman kegemilangan Empayar Byzantine dibawah pemerintahan Maharaja Justinian. Air tersebut yang disimpan dalam Tangki Air Basilica dipindahkan dari Hutan Belgrade iaitu 19km dari pusat bandar.
Untuk masuk ke dalam Basilica, perlu menuruni 52 anak tangga. Terdapat juga jalan berkayu yang perlu dilalui dan dua kepada Medusa misteri yang digunakan sebagai mercu dibawah dua tiang disebelah barat laut. Tidak diketahui tiang tersebut dari mana dan mengapa salah satunya dalam keadaan terbalik dan satu lagi mendatar? Tapi korang jangan lepaskan untuk pergi tempat ni ....
Tempat Keempat - Spice Bazaar
Bazaar Rempah (Spice Bazaar) adalah tempat membeli cenderamata, rempah ratus, sabun, minyak pati dan banyak lagi. Pasar ini juga menurut orang murah kalau nak shopping... Jangan lepaskan ..
Tempat Kelima - Masjid Suleymaniye
Merupakan masjid terbesar dan tercantik didunia. Senibina yang menggabungkan Byzantine dan islam dengan kubah besar dan kurus. Masjid ini pernah rosak kerana gempa bumi dan juga pernah menjadi tempat simpanan senjata ketika Perang Dunia Pertama.
Tempat keenam - Pamukkale
Inilah tempat yang ditunggu-tunggu untuk lawat. Teruja sangat bila sampai sini nanti, sangat lah cantik. Dan kolam ni boleh mandi dan berendam kaki. Untuk tempat cantik kene lah ulas lebih sikitkan .... hehee
Tempat ni dinamakan cotton castle, diwilayah Denizli. Bentuknya menarik, berupa teres mineral karbonat. Pelancongan ditempat ni sudah terkenal sejak dulu lagi, untungnya ketika daerah ini dinyatakan sebagai warisan dunia, hotel-hotel yang ada akhirnya dihancurkan sebab menyebabkan kerosakan pada pamukkale dan dijadikan kolam-kolam buatan.
Menurut lagenda purba, air dalam tangki ini boleh merawat penyakit jantung, darah tinggi, gangguan pencernaan, sakit mata, keletihan, penyakit kulit dan bnayak lagi. Tak rugikan datang sini, sambil bercuti boleh merawat penyakit juga.
Tempat Ketujuh - Hierapolis(Pamukkale)
Hierapolis merupakan muzium berisi sejarah artifak dari Laoiceia, Kolose, Tropoli, attuda dan kota-kota lain.
Tempat Kelapan - Hagia Sophia
hagia Sopia disebut sebagai Ayasofya oleh bangsa Turki. Bangunan ini dijadikan sebagai gereja orthodox dan menjadi tempat ibadat terbesar bagi agama kristian hampir seribu tahun. selepas penaklukan Istanbul, ia dijadikan masjid dengan penambahan 4 buah menara.
Tempat Kesembilan - Ephesus Ancient City
Runtuhan klasik zaman purba yang dipelihara sampai sekarang. Terletak di ankara.
Tempat Kesepuluh - Miniaturk
Merupakan replika-replika kecil yang dikumpulkan dalam satu taman seperti replika Eifel, Taj Mahal, dan banyak lagi.
Jadi inilah antara tempat-tempat yang sayan ingin lawat di turki nanti. Semoga jadi kenyataan .... :)