Wednesday, 16 September 2015

Koleksi Hilangkan Jerawat

JERAWAT ? Sapa laa suka kalau jerawat naik gila kat muka kita kan ... stress sebab muka jadi perhatian disebabkan jerawat jer .. Selalu jugak tertanya, kita dah jaga muka dengan sebaik mungkin still naik jugak jerawat kat muka .. Apa punca jerawat? Haaa .. jawapan dia punca jerawat nih disebabkan faktor hormon yang jadi penyebab bagi wanita dalam lingkungan subur. Selain tu jugak, jerawat berpunca dari bahan kosmetik,penggunaan pil perancang, ahli keluarga yang memang bermasalah dimuka dan banyak lagi ..

Untuk korang yang tercari-cari petua nak hilangkan jerawat sebenrnya banyak jer kita boleh amalkan.. Antaranya :-


1. Hilangkan jerawwat denagn tomato

Khasiat buah tomato boleh menghilangkan bintik hitam(blackheads) dan hilangkan jerawat.
Cara: Belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka, biarkan selama 1 jam biar sehingga kering barulah bilas dengan air  suam. Untuk hasil yang terbaik buat dengan makan tomato.

2. Hilangkan jerawat dengan lidah buaya

Khasiat lendir lidah buaya selain dapat hilangkan jerawat tapi bagus juga hilangkan parut jerawat.
Cara: Daun lidah buaya potong beberapa kerat, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir pada muka yang berjerawat. Ulangi langkah ni untuk setiap pagi dan waktu petang.

3. Hilangkan jerawat dengan ubat gigi

Kandunagn ubat gigi mampu mengeringkan jerawat dan mampu menyerap minyak kat muka.
Cara: sebelum tidur, letakkan ubat gigi kat bahagian yang ada jerawat. Biarkan semalaman/ sampai pagi then baru bilas dengan air suam.

4. Hilangkan jerawat dengan putih telur

Putih telur berfungsi membantu mengurangkan minyak kat muka yang memang menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.
Cara: Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telur sahaja kemudian pukul sebentar lalu pakaikan ke muka selama 15minit.

5. Hilangkan jerawat dengan air basuhan beras

Air basuhan beras jangan dibuang sebab ia mempunyai banyak khasiat tradisional. 
Cara: Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Biarkan sehingga ia kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam. 

6. Hilangkan jerawat dengan asam jawa dan kunyit hidup

Cara: Tumbuk kunyit dsn campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. setelah sebati, sapu keseluruh muka dan biarkan 20 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam. jika diamalkan, muka anada sukar untuk ditumbuhi jerawat.

7. Hilangkan jerawat dengan kulit kayu manis

Cara: Ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya kemudian campurkan dengan sedikit madu. Kalau tidak ada madu boleh gunakan air biasa. Jadikan ia sebagai masker dan sapu keseluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air suam dengan bersih pada keesokan harinya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Peringatan: Percubaan kali pertama letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit "panas: dan boleh timbulkan rasa kurang selesa.

8. Hilangkan jerawat dengan daun teh

Cara: Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun jadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ada jerawat.

9. Hilangkan jerawat dengan air kelapa

Cara: Bersihkan muka dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. 

10. Hilangkan jerawat dengan kanji nasi

Cara: Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan kering dimuka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan. 


P/S : Segala cara diatas bergantung pada jenis kulit kita. Kalau nak cantik apa salahnya mencuba .. Selamat mencuba :D


No comments:

Post a Comment